Monday, April 26, 2010

RAKYAT LUAR DI DAHULUKAN RAKYAT BALING DI PERBODOHKAN

Tahniah BN atas kemenangan PRK Hulu Selangor dengan majority yang tidak la boleh membanggakan. Dalam kesibukan waktu berkempen yang hanya sembilan (9) hari bermula dari hari penamaan calon pada 17 April sehingga 25 April. Dapat di lihat kesungguhan jentera-jentera UMNO di seluruh Negara menggerakkan usaha membantu bagi kemanangan tersebut.

Dalam banyak-banyak jentera apa yang JTAR tertarik atas kesungguhan Azeez Rahim untuk membantu masyarakat di Hulu Selangor terutamanya di kawasan Kampung Sungai Buaya ( Dahulu Felda Sungai Buaya ). Dalam tempoh berkempen selama Sembilan (9) hari sahaja, Azeez Rahim dapat mencari dana untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh penduduk-penduduk bekas Felda Sungai Buaya. Selaku Pengerusi Idiqa Holding Sdn Bhd, Azeez telah membelanjakan 18.15juta bagi membayar pendahuluan pampasan kepada 363 bekas peneroka tersebut yang berjumlah RM50,000 seorang.

Umum semua maklum yang mana Azeez Rahim mula memegang jawatan sekalu Ketua UMNO Bahagian Baling pada November 2008. Jika dihitung sehingga sekarang, sudah mengjangkau setahun lima bulan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling disandang oleh Azeez Rahim. Rata-rata janji-janji Azeez Rahim kepada penduduk di Baling masih samar-samar. Jika ingin dirungkaikan janji-janji Azeez ini mungkin seminggu pon tidak habis di cakap.

Berikut adalah beberapa janji-janji Azeez Rahim yang cukup menjadikan Azeez Rahim cukup dimarahi oleh orang UMNO sendiri:

1) Membina Banggunan Baru 7 tingkat UMNO Bahagian Baling.

2) Member elaun kepada Semua Ketua Cawangan yang bukan JKKKP sebanyak RM450 sebulan.

3) Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

4) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

( janji ini sudah sebanyak 2 kali katanya)

5) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Umrah.

6) Membina Kawasan Perindustrian untuk anak-anak Baling bekerja.

7) Membina Universiti Pertanian di Baling.

Banyak lagi janji-janji Azeez Rahim yang terus membelenggu Masyarakat Baling. Jika Azeez Rahim ikhlas dalam membantu masyarakat di Baling, dimana janji-janji Azeez ini semua. Berapa juta yang dia ikhlas laburkan di Baling untuk pembanggunan Baling? Apa yang Azeez Rahim lakukan hanyalah kerana untuk menaikkan namaya sahaja di mata DS Najib Tun Razak. Di Baling hanyalah bantuan beras sepeket, gula sekilo, kopi saja yg selalu disumbang di Daerah Baling bagi membantu org-org di sini. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..

Dek kerana ingin menonjolkan diri kepada DS Najib Tun Abd RAzak, Azeez Rahim bersungguh-sungguh membantu sehingga Rm18.15juta dihabiskan dek kerana ORANG LUAR dalam tempoh 9 hari sahaja. Janji-janji di Baling hanya janji tinggal janji. Beterpatan dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menjadi Rakyat Luar Didahulukan Rakyat Baling Diperbodohkan.

Selepas ini pencacai-pencacai Azeez Rahim di Baling akan memuji Azeez Rahim tinggi-tinggi kerana Azeez Rahim membantu ORANG LUAR. JTAR mencabar pencacai-pencacai Azeez Rahim cuba mendesak Azeez Rahim melunaskan janji-janjinya di Baling dalam tempoh 10 hari. Di depan DS Najib, Azeez boleh laksanakan kenapa tidak di belakang DS Najib?


Renung-renungkan dan selamat beramal…………………

Monday, April 12, 2010

ORANG BOHONG SALAH KITA BOHONG DOK DIAM-DIAM SUDAH

Selepas mengeluarkan isu Program Penyerahan Wang Elaun JKKKP tempoh hari. JTAR tertarik kepada satu respon yang menyatakan berita tersebut satu FITNAH serta wartawan Kosmo yang menulis berita tersebut juga tidak hadir pada majlis itu. Serta laporan polis juga akan dibuat oleh JKKKP untuk diambil tindakan terhadap wartawan tersebut.

Jika benar apa yang Suara Baling katakan, JTAR juga ingin memohon Suara Baling turut mencadangkan kepada JKKKP yang ingin membuat laporan polis tersebut untuk sama-sama melaporkan artikel yang dikeluarkan oleh Saudara Nahar Tajri, Berita Harian pada 2 Februari 2010 yang menyebut Azeez Rahim adalah anak jati Baling serta hidup dan membesar di Baling.

Jika mengikut artikel Berita Harian ini, jelaslah satu PEMBOHONGAN YANG NYATA sekali kerna Azeez Rahim bukanlah anak jati Baling serta tidak pun membesar di Baling.

Azeez Rahim adalah anak setinggan yang tinggal di kampong Medan Petaling Jaya menurut Agendadaily.

Dalam temuramah tersebut Azeez menyatakan dia dibesarkan dan menetap di Kuala Lumpur.

Jadi adakah patut JKKKP yang hendak menyaman wartawan Kosmo turut menyaman wartawan Berita Harian? Atau pon apa yg di cakap Azeez semasa temuramah bersama Agendadaily silap dan perlu menyaman Agendadaily juga?

Persoalan yang besar di sini kenapa Wartawan Berita Harian, Nahar Tajri menyatakan yang Azeez Rahim adalah anak jati Baling?

Bagi JTAR mudah saja, Azeez cuba membuatkan rakyat Baling lebih muak serta meluat dengannya bagi memudahkan kerja melumpuhkan UMNO dari dalam sepertimana yang kita umum ketahui beliau adalah sahabat yang cukup baik dengan LIABILITI UMNO iaitu Khairy Jamaluddin.


Wednesday, March 24, 2010

AZEEZ RAHIM SEORANG SAMSENG PROFESIONAL?

Umum sedia maklum Azeez Rahim bukanlah anak jati Daerah Baling. Ini dapat disahkan melalui wawancara bersama Agendadaily.com yang menyatakan dia di besarkan Kampung Medan, Petaling Jaya dan bersekolah di Bukit Bintang Boys School.

Dalam wawancara tersebut, terdapat percanggahan dan persolan yang bukan sahaja membelenggu pembaca. Malah pertikaian juga melibatkan wartawan serta para bloggers. Ini menyebabkan pihak portal berita Agendadaily.com sekali lagi menemuramah Azeez Rahim bagi mendapatkan penjelasan.

Berikut adalah link dua petikan wawancara Agendadaily bersama Azeez Rahim.

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO.

Saya bukan samseng jalanan...

Roslan SMS telah mengulas kedua-dua wawancara tersebut di dalam blog beliau dan ulasannya adalah seperti berikut.


Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.

Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri.


Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!

Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di Amerika. Menurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.

Pihak Agendadaily telah membuat temuramah susulan dengan Azeez barangkali ekoran perkembangan ini (atau barangkali agendadaily pun menerima maklumat yang sama). Jelas kenyataan Azeez kali ini semakin mengeruhkan keadaan malah hampir mengesahkan maklumat yang diperolehi dari sumber itu dan banyak lagi yang masuk setelah berita Azeez ini dibawa kepengetahuan umum.

Azeez tidak menafikan yang beliau banyak terlibat dengan kes-kes di mahkamah yang ada diantaranya masih belum diputuskan apabila beliau berkata dalam temuramah kali ini:

Dalam bab ada orang dakwa saya ada kes mahkamah …memang betul.
Siapa saja yang berminat nak tahu sangat betul tak betul boleh pergi check kat mahkamah..memang dulu waktu zaman saya mula berniaga.. memang ada unsur-unsur dalam perniagaan… kata saya nak tembak orang dan sebagainya.


Selain itu dalam penjelasan beliau kepada Agendadaily Azeez tidak menyentuh langsung berkenaan syarikat Wilayah Arms yang didakwanya dibeli dari Almarhum Sultan Selangor (dalam temuramah pertama). Berdasarkan rekod Almarhum Tuanku memang
TIDAK PERNAH memiliki mana-mana lessen mengedar ataupun menjual senjatapi!

Manakala berkenaan ijazah Masters yang didakwanya diperolehi beliau di Amerika Syarikat (yang dinafikan oleh kenalan-kenalan rapat beliau) Azeez berkata dalam temuramah baru ini:

Pasal ada orang bawa mulut kata saya tak ada kelulusan universiti luar negara kata saya temberang dan sebagainya.

Itu terpulanglah..kalau saya tak ada mana mungkin saya berani nak bubuh kelulusan itu dalam biodata saya.

Universiti saya belajar bukan universiti yang kolot..itu antara universiti tertua di Amerika iaitu Preston University di Wyoming,Amerika Syarikat.

Tak kan saya masuk universiti balik kosong, mustahi, lainlah kalau universiti negara-negara kita tak percaya kesahihhannya, ini semua ada rekod.

Tak mungkin saya nak bohong, apa tujuan saya nak bohong.

Akan tetapi penjelasan ini sahaja sudah merupakan satu pembohongan baru!

Jeff Ooi pemilik blog SCREENSHOTS (
http://www.jeffooi.com/) telah membuat kajian berkenaan Preston University ini sebagaimana yang didakwa Azeez dan Jeff mendapati:

Preston University of Wyoming - which was established in 1994, and held its first graduation ceremony in 1997 - is ONE OF THE OLDEST UNIVERSITIES IN THE US?

Bagaimana Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1994 (baru 11 tahun) itu boleh dikatakan oleh Azeez sebagai
ANTARA UNIVERSITI TERTUA DI AMERIKA SYARIKAT!

Apa pun penjelasan Azeez ini makin menimbulkan pelbagai lagi kecelaruan dan kesangsian terhadap kewibawaan dan status beliau sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya memimpin golongan muda, genarasi pelapis dalam Umno. Kemungkinan Azeez bukan lah samseng jalanan (sebagaimana tajuk temuramah susulan beliau dalam agendadaily), kerana hanya seorang samseng profesional sahaja sebenarnya yang mampu melakukan semua yang diatas! Selamatkanlah anak-anak anda dari terjebak di dalam Putera Umno ini.